Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan (;


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Selepas diisytiharkan oleh atuk yang mengisytiharkan puasa dekat tv tu, maka sah la esok puasa. Wahh, tak sabo-sabo pulak rasanye. Hihuha. Tapi puasa tahun ni tak best sgt, tak meriah sgt. :( Sejak arwah ayah meninggal, raya dan puasa dah jd tak best ouh. Hmm. Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan ouh. Life must go on! So, akhir kata, selamat berpuas kepada semua umat Islam di muka bumi ini. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat anda semua. ;D  Puasa jgn tak puasa tau! Sebelum tu, mehh kita niat sama-sama, ''Nawaitu Sauma Ghodin An Ada'i Fardhu Syahri Romadhona Hazihis Sanati Lillahi Ta'ala''.

Friday, July 29, 2011

Singapura-pura, Singapondan!

Demm la game bola semalam, Malaysia kalah dgn Singapore! *Mara ni! Huh! Pemain Singapore mcm pondan jee, sikit-sikit injured! Apa pun tak boleh! Sekali aku sepak pelanting jugak kangg! Haihhh. Kau menang pun menang takde maruah kau tahu takk? Saja-saja lambatkan masa. Macam pffttt je la kann? Dahla byk import pemain luar. Apa, negara kau dah takde yg berkualiti dah ke? Kesian betul, sabar je laa~  -..-


Thursday, July 28, 2011

Dugaan ...

Harini bangun awal giler, pukul 4:50 pagi. Nak sahur. Nasi basi pulok. -.-'' kena la masak baru. Nasib sempat. Dekat sekolah pulak kwn-kwn buat hal. Heeee bebudak ni, tak matured sungguh! Cehh *macam matured sgt :P Menyakat aku je kerjanyee, terpaksa lah terjerit-jerit, terpekik-pekik. Haiyooo, dugaan betul! Zai pulak sibuk berperang mulut dgn si Ain. Masing-masing tak nak kalah, susah laa kann? Heii, org ni kata org ni, org tu kata org ni. Lepas tu, masa B. Inggeris Teacher Farahiza tak masuk, adehal kot, yg budak laki tak berapa nak matured ni pergi main baling-baling pinggan kertas yg utk party tu, sekali tgh ckp-ckp dgn Zai, PAPPP!!! Pinggan tu terkena setepek dekat Zai. Kesian bercampur kelakar. Memang tak boleh tahan gelak laa. Tapi cover la jugak sbb tengok Zai dah lain jee. Marah la kot. Memang marah punn. Sekali dia marah la Amin dgn Fadhli, lepas tu, PEKKKK!! dibalingnya puncher ke lantai. Ada retak sikit puncher tu. Ganas sungguh kawan aku ni. HUHU. Sejak tu, budak semua perli dia. ''Jgn bising, nanti kena baling puncher'', antara perli-an yg aku dengar, tapi Zai ni rilek jee. Musykil aku. Kalau aku la, perhhh, memang kena dorang. Aku tak suka betul kalau kena perli-perli ni. Sebenarnya aku surfing internet ni sebab nak mengalihkan fikiran aku yg asyik memikirkan makanan ni. Haha XD. Lapo leee~ Cepatla Maghrib cepatla Maghrib *dah mengarut dah.

Tuesday, July 26, 2011

Puasa, Raya dan Kenangan ...


Lagi berapa hari je lagi nak puasa kann? 6 more days. Lepas tu raya! Hah, korang dah ready ke? Dah ganti puasa dah ke? Baju raya dah beli? Berapa pasang? Mesti berpasang-pasang kann? Untunglaaa. Aku satu ape pun tak prepare lagi. :( Kesian kann? *sobsobsob... Bila cakap pasal puasa, raya, mesti terkenang zaman kecik-kecik dulu. Masa dulu lagi berapa hari nak raya dah balik kampung, suasana memang best lah. Sedara mara dah ramai dah kat kampung tuu. Semua berkumpul dalam satu rumah yg biasa-biasa jee. Malam je kemain riuh dgn mercun dan bunga api. Bau asap kayu api untuk bakar lemang dan dodol ermmm, nostalgic kot. Sweet memories. :') Pagi raya pergi kubur, baca doa, lepas tu nanti ada la org letak duit atas tgn masa tadah untuk baca doa tu, perghh, beshh! Haha. Lepas tu ramai-ramai pergi raya rumah org kampung *walaupun tak kenal org tu. Belasah je. Haha. Raya rumah sedara mara, Duit raya memang masyukk arhh. Haha. Tapi ... Tu semua dulu, sekarang dah lain, raya bagi aku dah takde makna dah kot. Sekadar sebuah perayaan. Dah tak semeriah dulu semenjak arwah Ayah, Opah, Atuk, P.Cik Hasan dan lain-lain meninggal. Hari Raya ialah hari untuk menziarahi kubur-kubur mereka. Sayu je hati bila terkenang semua-semua tuu. Kalaulah masa dapat diputar kembali, alangkah indahnya. Tapi takpe laa, semoga roh mereka semua tenang di sana.. Aminn~ So, pesanan aku, hargailah insan yg tersayang selagi mereka masih ada. (':

Kau pergi ...

Start semalam ustaz-ustaz praktikal dah tak ajar kitorang. Rasa sedih sangat. Rasa mcm tak sampai 3 bulan, cepat sangat masa berlalu.. Tapi takpe la, setiap yg datang mesti akan pergikann? Semoga ustaz Dzurharman,ustaz Wafi dan ustaz Fa'ez berjaya di luar sana. Actually, few days before ustaz habis praktikal, adala sikit salah faham antara ustaz Dzurharman dgn kitorang *2AN. Budak laki punya pasal la, tak matured langsung ouhh, menyampah aku! Haritu ustaz mmg giler-giler marah laa, fiuhhh, takut aku tengok, tapi nasib baik la sebelum ustaz 'pergi' benda tu dah settle, legaaa~ Lepas ni dah tak dapat tengok 'senyuman' ustaz yg manis tu. :( Huhu. Rindu sgt. Lepas ni ustaz Tarmizie ajar kitorang balik, erm, harap-harap semuanya berjalan lancar. Janganlah ada masalah lagi.

Monday, July 25, 2011

Finally... (:

Hello, ahhh, leganya. Finally dpt jugak buat blog sendiri. Hehe. Dalam proses lagi. Banyak yg kena tambah, takpe-takpe slow down, slow down. Janji ada kann? Harap-harap dapat buat blog yg perfect laa. (;